Majalah Pantaran, dan Riak Bahasa.

Majalah Pantaran, dan Riak Bahasa
Ketika hadir di majlis sambutan Bulan Bahasa 2014 yang lalu saya turut diraikan dengan dua buah terbitan baharu Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Salah satu di antaranya ialah Riak Bahasa yang mengandungi berita kebahasaan untuk dikongsikan kepada semua masyarakat pembaca di negara ini, mahupun serantau. Riak Bahasa adalah hasil kelolaan Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa dan diterbitkan dua keluaran setiap tahun, iaitu mulai bulan Januari hingga Jun, dan Julai hingga Disember.

Sementara terbitan berikutnya ialah Pantaran, sebuah majalah umum yang memuatkan warna-warni peristiwa, perkembangan isu semasa, sosiobudaya, kesihatan, pendidikan, rekreasi, ekonomi, sukan, busana, pelancongan yang terjadi di Negara Brunei Darussalam, dan juga luar negara.

Menurut Hajah Aminah binti Haji Momin, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka melalui ruangan Tinta majalah ini, 'Penerbitan Majalah Pantaran juga adalah sebagai usaha jabatan untuk mempelbagaikan lagi bahan bacaan tambahan di samping dapat menambah ruang dan peluang kepada penulis tanah air untuk menyumbang dan menyalurkan bahan tulisan mereka."

Pantaran akan diterbitkan dua bulan sekali dan diharapkan akan dapat mencapai matlamatnya yang bukan hanya sekadar untuk mendaulat, memertabat, memperkembang dan memajukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, tetapi juga akan menjadi wadah (terutama penulis untuk menyalurkan karya-karya mereka) sebagai sebuah majalah yang bersifat umum dan sesuai untuk bacaan santai masyarakat kita di negara ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu