'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu
Rakan penulis dan para pembaca yang saya hormati sekaliannya. Isu rasuah bukanlah isu baharu yang pernah saya tulis, kerana sebelum ini saya sudah pernah menulis dua buah Skrip Drama Khas TV terbitan RTB-Biro Mencegah Rasuah dengan mengetengahkan isu yang sama.
Oleh yang demikian, sebagai penulis saya tidak berhenti hanya dengan menulis dua buah Skrip Drama TV khusus mengenai rasuah untuk siaran televisyen sahaja. Melalui cerpen 'Aku Tidak Mahu Rasuah' terbitan Juara Pelajar (DBP: Mei-Jun 2014) yang lalu, saya juga telah menulis (dan memberi peringatan) bagaimana rasuah itu boleh berlaku dan melibatkan adik-adik kita, khususnya para pelajar sekolah tanpa kita sedari.
Nampaknya, perbuatan merasuah dan menerima rasuah itu bukan hanya merosakkan individu-individu yang terbabit saja, malah ia juga boleh melibatkan keluarga, masyarakat, dan kerajaan kita ke dalam berbagai kancah masalah. Lebih buruk dari itu, rasuah boleh menyebabkan sesebuah negara mengalami kemusnahan dan lumpuh jika tidak kita tangani dengan baik.

Ulasan