Antologi Sajak Sasterawan Muda Mastera Brunei.

Judul: Antologi Sajak Sasterawan Muda Mastera Brunei. Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Tahun: 2025. Muka Surat: 285 hlm. ISBN 978-99984-0-085-6. Harga: BND13.00

"Dalam larik-larik kata yang menari, terpantul suara tanah air, gema warisan dan denyut kemanusiaan."

Antologi ini menghimpunkan sajak-sajak tiga penyair muda Brunei Darussalam, iaitu nurFik Brunei, Puasha dan A. R. Romzi yang telah diiktiraf sebagai penerima Penghargaan Sasterawan Muda Mastera. Penglibatan aktif dan prolifik dalam penulisan memperlihatkan mereka setanding dengan penulis-penulis puisi Nusantara.

Karya-karya mereka cerminan kepada kecintaan terhadap bangsa dan negara, kepekaan isu-isu semasa, harapan anak bangsa dan kecaknaan terhadap warisan dan budaya Melayu. Dari suara bersahaja nurFik Brunei, nostalgia penuh rindu oleh Puasha, hingga semangat membara A. R. Romzi, pelbagai tema yang diangkat seperti patriotisme, jati diri, keagamaan, alam dan kritik sosial dengan gaya bahasa yang unik dan tersendiri.

Antologi ini bukan sahaja merakam perkembangan pemikiran penyair muda Brunei sepanjang tiga dekat, tetapi juga menyerlahkan jati diri sastera Brunei Darussalam yang terus hidup dan berkembang dalam arus zaman.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu

Laman web dan blog sastera di Brunei.