Catatan

Perkhidmatan berbayar

Imej
Saya berasa gembira setiap kali menerima email dari para pengunjung weblog ini. Ada di antara mereka meminta saya untuk memberi tunjuk ajar dan kritikan terhadap karya-karya yang mereka tulis. Semua itu saya lakukan secara percuma tanpa meminta sedikitpun bayaran yang sepatutnya saya terima. Permintaan seperti itu kian bertambah dari masa ke semasa. Ini dengan secara tidak langsung telah mendorong saya untuk berusaha lebih, semata-mata ingin membantu sesiapa sahaja yang ingin berjaya dalam bidang penulisan, khususnya penulisan kreatif. Untuk itu bagi mereka yang benar-benar berminat mendapatkan tunjuk ajar dan kritikan terhadap karya-karya yang dihasilkan, bolehlah melakukannya melalui 'perkhidmatan berbayar' seperti yang saya nyatakan di atas. Saya juga bersedia untuk membantu dan memberi petunjuk bagaimana menghantar karya-karya itu ke penerbitan. Saya harap melalui perkhidmatan ini ianya bukan sahaja memudahkan saya di dalam memb...

Gambar kenangan di Pesta Buku Brunei 2010

Imej
Bersama beberapa orang penulis Brunei ketika di Pesta Buku Brunei 2010. Dari kiri: Haji Masri, Haji Sulaiman, Haji Mohd. Hussain dan Rahim M.S. (Gambar: A.R.Romzi )

Kumpulan Puisi Nakhoda Manis: Pelayaran Kedua

Imej
Akhirnya kumpulan puisi Nokhoda Manis: Pelayaran Kedua yang mengumpul sejumlah 130 buah tajuk puisi yang saya hasilkan selama lebih 20 tahun kini telah dilancarkan penerbitannya hari ini. Saya rasa tidak perlulah saya mengulas lebih panjang mengenai kumpulan puisi ini, kerana saya lebih suka mendengar bagaimana komen pembaca pula. Dan untuk renungan bersama di sini saya petik prakata yang ditulis oleh Hajah Aminah binti Haji Momin, Pemangku Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei mengenai buku kumpulan puisi ini; Puasa Kamis, penulis novel remaja Sebuah Pondok di Bukit Kota yang terbit pada tahun 2004 yang agak lama menyepi, kini muncul kembali dengan Kumpulan Puisi Nakhoda Manis: Pelayaran Kedua yang mengandungi 130 tajuk puisi yang kebanyakannya pernah tersiar dalam Bahana , Pelita Brunei , dan Media Permata . Keprihatinan penulis menyingkap dan mencoretkan apa jua persoalan yang dirungkai lewat tajuk-tajuk puisi yang dijajarkan dalam kumpulan puisi ini, merupakan pengucapan y...

Peraduan Menulis Skrip Drama Kanak-Kanak

Imej
Sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei (1961-2011), Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei sedang mengadakan Peraduan Menulis Skrip Drama Kanak-Kanak sebagai lanjutan daripada Bengkel Penulisan Skrip Drama Kanak-Kanak yang telah diadakan pada 13-16 Jun 2009 yang lalu. Peraduan tersebut merangkumi Skrip Drama Pentas, Radio dan Televisyen. Keterangan lanjut dan borang penyertaan boleh diperolehi di Kaunter-Kaunter Penyambut Tetamu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 01 Jun 2010.

Cerpen dan majalah Bahana 2008

Berikut adalah petikan 'Laporan Panel Penilai hadiah Kreatif Bahana 2008' yang berlangsung pada hari Sabtu, 21 November 2009 yang lalu, khusus bagi Kategori Cerpen yang saya rasa patut untuk kita renungkan kembali; Cerpen dalam majalah Bahana 2008 secara umum masih terikat dengan gaya penceritaan kovensional dan tipa stereo dengan cerpen-cerpen sebelumnya. Memang terdapat cerpen yang mengemukakan cerita yang berbentuk abstrak, surealis, dan simbolik tetapi ia masih pada tahap sederhana. Agak keterlaluan juga jika dilabelkan bahawa banyak cerpen dalam majalah Bahana 2008 gagal bercerita yang natijahnya pembaca kurang stimulasi meneruskan pembacaan sama ada kerana pengakhiran cerita sudah dapat dijangkakan, tema cerita yang sudah basi, gaya penceritaan yang tidak lancar, dan yang utama cerita yang dinukilkan tidak logik pada tahap logik realiti apatah lagi logik fiksyen. Malah ada di antara cerpen yang tersiar dalam Bahana 2008 hanya sesuai untuk bacaan remaja.