Perkhidmatan berbayar

Saya berasa gembira setiap kali menerima email dari para pengunjung weblog ini. Ada di antara mereka meminta saya untuk memberi tunjuk ajar dan kritikan terhadap karya-karya yang mereka tulis. Semua itu saya lakukan secara percuma tanpa meminta sedikitpun bayaran yang sepatutnya saya terima. Permintaan seperti itu kian bertambah dari masa ke semasa. Ini dengan secara tidak langsung telah mendorong saya untuk berusaha lebih, semata-mata ingin membantu sesiapa sahaja yang ingin berjaya dalam bidang penulisan, khususnya penulisan kreatif.

Untuk itu bagi mereka yang benar-benar berminat mendapatkan tunjuk ajar dan kritikan terhadap karya-karya yang dihasilkan, bolehlah melakukannya melalui 'perkhidmatan berbayar' seperti yang saya nyatakan di atas. Saya juga bersedia untuk membantu dan memberi petunjuk bagaimana menghantar karya-karya itu ke penerbitan. Saya harap melalui perkhidmatan ini ianya bukan sahaja memudahkan saya di dalam memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik, malah yang terpenting adalah cita-cita awda untuk mencapai apa juga yang dihajatkan dalam bidang penulisan kreatif ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu