Peraduan Menulis Esei Sastera dan Cerpen Bahana DBP 2014
Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Esei Sastera dan Cerpen Bahana DBP 2014 telah berlangsung semalam, hari Jumaat 19 Disember bertempat di Sutra Hall, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, Bandar Seri Begawan. Peraduan ini adalah merupakan satu projek tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei dalam memperkembangkan, memartabatkan dan memperkasa penggunaan, pemakaian dan penyelarasan bahasa Melayu di negara ini. Selain dari itu, peraduan ini juga telah membuka ruang dan peluang kepada para penulis lama dan bakat baru untuk memantapkan dan mempelbagaikan kreativiti penulisan mereka dalam mencetuskan daya saing yang sihat, dan pemikiran yang tinggi mutunya dengan nilai penulisan yang semakin meningkat serta menghasilkan kepelbagaian aliran, teknik serta gaya bahasa yang memperlihatkan keindahan dalam sesebuah karya seni sastera. Sebanyak 31 buah esei daripada 25 orang penulis, dan 40 buah cerpen daripada 27 orang penulis telah diterima bagi mengikuti peraduan tersebut dan Panel