Ulang baca sebuah cerpen yang berjudul 'Maaf' oleh Puasha

BUMMMPPPP!
Tiba-tiba saya dengar bunyi ini dari belakang kereta BMW yang saya pandu. Saya berasa amat terkejut, apa-apa pun saya memang berasa amat terkejut. Saya dapat rasakannya, jantung saya berdenyut cepat, kepala saya berasa pening-pening lalat kerana dahi saya terhantuk kuat di setereng kereta.
“Maaf. Maafkan saya,” kata seorang anak muda dengan muka cemas sebaik saja membuka pintu di sebelah kanan kereta saya, dia bingung dan meraba-raba bahu kanan saya.
Maaf.
Saya tidak boleh berfikir dengan baik dan... dan saya pasti ini sudah tentulah bermaksud sesuatu yang tidak baik telah berlaku pada saya.
Saya terlibat dengan kemalangan!
“Maaf. Abang tidak apa-apa.” Kata anak muda lagi, memandang ke muka saya.
Maaf.
Saya lalu keluar dari kereta, jantung saya berdenyut cepat, kepala saya juga masih berasa pening-pening lalat dan dahi saya berasa sakit dan terasa bengkak sebaik saja saya merasakannya dengan hujung jari-jari tangan kanan saya.
Kemudian saya dapat melihat dengan jelas, bahagian belakang kereta BMW saya sudah remuk; bumper pecah di atas jalan dan tidak kelihatan satu apa pun yang tinggal pada set lampu belakang kereta saya yang saya yakin telah berfungsi dengan baik sebelum bertolak dari rumah tadi. Baca seterusnya di http://www.puasha.com/p/cerpen-03.html

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu