Tema-tema patriotisme lewat antologi puisi 'Kembara Merdeka, Dua Dekat meniti Usia.'

Kita sebagai penulis berasa bertuah dengan penerbitan antologi puisi Kembara Merdeka, Dua Dekad Meniti Usia dengan tema Patriotisme Teras Keteguhan Negara iaitu tema Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-20 yang telah diterbitkan lebih kurang lima tahun yang lepas (2004). Antologi ini memuatkan 91 buah puisi daripada 62 orang penulis tanah air seperti A.Hashim Hamid, A. Mahad, Abdullah Tahir, Adi Rumi, Adi Zaky, Aminah Haji Momin, Badaruddin H.O, Brahim A.H.T, Haji Mariat bin Haji Abdullah, Mahmudamit, pengiranmetassan@yahoo.com, Shukri Zain, PH Muhammad Abdul Aziz dan lain-lain penulis yang tidak dapat disebutkan di sini.

Berbagai cara untuk kita meluahkan rasa dan semangat cintakan tanah air. Melalui puisi kita juga dapat melahirkan perasaan tersebut dalam bentuk kata-kata yang indah dan membawa seribu makna yang tesirat di dalamnya. Semangat patriotik harus tertanam dalam jiwa setiap ahli masyarakat yang menandakan kecintaan terhadap bangsa dan negara. Kita lihat misalannya puisi ‘Genggam’ karya Adi Misere ini;

Hari ini nostalgia berulang
Genggam selepasnya sudah terisi makmur keringat suci
Kebebasan membuka nurani milik bangsa
Tiada ke mana lagi pintaan terakhir
Penyudah segala pertiwi teras tenaga
Menjunjung daulat kebebasan nusa.

Bulat hati menilai pada nusa watan tercinta
Awal mula genggam simpan makna sejuta erti
Menyimpai permai kembang bangsa
Menyahut seruan angkat naik jalur cermerlang
Berjanji tiga warna semboyan bangsa
Berbimbing bahu tuju wawasan!
[Kembara Merdeka, Dua Dekat Meniti Usia: hal. 7]

Sesungguhnya penerbitan antolog ini tidak akan terhasil sekiranya tidak ada kerjasama daripada semua penulis dan mereka yang terlibat secara langsung sehingga antologi ini dapat kita tatap dan hayati. Tahniah kepada penulis-penulis yang telah menyumbangkan puisi masing-masing walaupun kita difahami bahawa waktu yang diperuntukan untuk menghasilkan puisi ini agak terhad. Di samping itu puisi-puisi yang diterbitkan dalam antologi ini juga ada yang dipetik dan buku Rancangan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-18, 2002, Buku Rancangan Han Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-19, 2003 dan majalah Bahana.

Kita sebagai penulis juga berasa berbesar hati kerana Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa berusaha untuk menerbitkan apa jua bentuk penerbitan dan penulisan agar dapat dinikmati dan dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Kembara Merdeka, Dua Dekad Meniti Usia ini merupakan salah satu usaha tersebut bagi menyemarakkan lagi sambutan Han Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-20 tahun. Semoga antologi ini akan dapat dimanfaatkan bersama bukan sahaja oleh kalangan pelajar bahkan juga kepada semua lapisan masyarakat.

Ulasan