Nostalgia.

Saya harus berterima kasih kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Mata Pelajaran dan Buku-Buku Teks Kesusasteraan Melayu, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan kerana turut memuatkan sajak saya yang berjudul ‘Nostalgia’ ke dalam Antologi Sajak Cermin Diri (Teks Pelajar Kesusasteraan Melayu) yang telah mula dicetak dan terbit sejak tahun 2000 yang lalu. Memang bukan mudah untuk seseorang penulis mengetengahkan karya mereka ke dalam sebuah buku teks yang akan digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah menengah khususnya Menengah 4 dan 5.

Saya memang banyak menulis, khususnya dalam bidang puisi dan cerpen, tetapi tidaklah sebaik mana dengan ‘Nostalgia’. ‘Nostalgia’ sebetulnya adalah hasil dari daya ingatan atau kenangan yang terbentuk dari masa silam yang tidak dapat saya lupakan sehingga kini. Sebenarnya sajak tersebut adalah salah satu sajak yang telah membawa kemenangan kepada saya bagi kategori puisi di majlis Hadiah Kreatif Bahana Brunei Shell - Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1995. Sebagai seorang penulis muda ketika itu saya memang berasa bangga dan sangat bertuah kerana mampu menghasilkan karya-karya yang tidak kurang setanding dengan penulis-penulis tanahair kita yang telah lama berkecimpung dalam bidang penulisan sajak atau puisi.

Ulasan