Malam Apresiasi Drama mendapat sambutan.

Kumpulan A-One, Kumpulan Tamar, Kumpulan Naungan Seni dan Kumpulan St 23 baru-baru ini menjayakan Praktis Teater di Malam Apresiasi Drama yang berlangsung di Balai Sarmayuda Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.

Antara bentuk teater yang dipersembahkan pada 18 - 19 April 2009 itu adalah Teater Deviasi, Teater Muzikal, Teater Bangsawan, dan Teater Kanak-kanak yang cukup menarik semua lapisan penonton termasuk kanak-kanak.

Kumpulan A-One di majlis itu mempersembahkan Hikayat Dang Emas dan Dang Perak, Kumpulan Tamar mempersembahkan Teater berjudul Bulan dan Bintang manakala Kumpulan Naungan Seni mempersembahkan Hijau dan Kumpulan St 23 pula dengan teaternya Superstar.

Rata-rata teater yang dipersembahkan itu bercorak pengajaran dan nasihat yang lebih menjurus kepada gaya hidup dan peredaran zaman di negara ini selain menampilkan ciri kesenian, kebudayaan yang mencuit dan menarik perhatian penonton.

Majlis dihadiri orang ramai, serta jemputan daripada kelab RAKIS dan UBD ke persembahan yang cukup warna warni dan meriah di Balai Sarmayuda itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu