Persada Puisi Pilihan Puasha

Kelmarin saya baru sahaja menerima senaskah majalah Bahana terbitan Bilangan 319 jilid 44, Jun 2009 yang dikirim melalui pos. Ternyata editor majalah Wadah Hati Nurani Penulis Kreatif ini telah menepati janjinya untuk menerbitkan sebanyak enam judul sajak saya, khusus dalam ruangan 'Persada Puisi Pilihan'. Saya berasa teruja dengan terbitnya sajak-sajak ini dan berhasrat mahu mengajukan beberapa buah sajak dan cerpen lagi untuk majalah ini. Memandangkan saya sudah jarang mahu menulis dan menghantar karya saya ke majalah Bahana, saya rasa tiba masanya nanti saya juga akan dapat menghasilkan sebanyak mungkin karya-karya yang terbaik untuk majalah ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu