Pelancaran buku kumpulan puisi 'Nakhoda Manis - Pelayaran Kedua' di Pesta Buku Brunei 2010

Saya telah dimaklumkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei melalui sepucuk surat bahawa buku kumpulan puisi saya yang berjudul 'Nakhoda Manis - Pelayaran Kedua' akan dilancarkan pada Pesta Buku Brunei 2010 yang akan berlangsung pada hari Ahad 21 Februari ini. Selain berasa gembira dengan berita ini, saya juga berasa tidak begitu selesa apabila mendapat tahu sebuah lagi buku kumpulan cerpen saya yang berjudul 'Cetera Merdeka' telah terkeluar dari senarai pelancaran 42 judul buku terbaharu terbitan DBP. Ah, saya tidak tahu kenapa, kerana setakat ini saya cuma diberitahu bahawa buku kumpulan cerpen saya itu belum lagi dapat dilaksanakan pelancarannya atas sebab-sebab yang tidak nyatakan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu