Segmen Bahasa dan Sastera di Rampai Pagi RTB

Ketika diwawancara dalam Segmen Bahasa dan Sastera di rancangan Rampai Pagi RTB, Isnin 11 Oktober yang lalu saya sempat juga ambil gambar bersama pengacara rancangan. Pertama kali masuk dalam rancangan ini memberi satu pengalaman yang menarik sekali bagi saya, sebab selalunya kita hanya duduk sebagai penonton di rumah ataupun di pejabat. Jika tidak disebabkan saya ini diberi penghargaan sebagai penerima Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA Brunei Darussalam di Jakarta, Indonesia yang baru lalu, sudah tentulah peluang ini tidak dapat saya rasakan dan bercakap mengenainya di khalayak ramai. Kepada rakan-rakan penulis muda yang lainnya, saya harap mereka juga mempunyai peluang begini di masa yang akan datang - teruskan usaha dan selamat berkarya.

Ulasan

rehtomelgnis berkata…
Tahniah...ada karya terbaru kita?..just update new entry..
Puasha berkata…
rohadatul, karya terbaru saya ada terbit di Bahana terbitan bulan Mac 2010(sajak) dan April 2010(cerpen). Agak susah menulis banyak akhir-akhir ini, sebab ada banyak komitment dengan tugasan di pejabat. Kalau ada masapun saya suka tulis skrip drama tv, saja mahu tukar mood. Terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu