Majalah Bahana terbitan bulan Ogos 2010

Saya tidak lupa mengucapkan selamat tahun baru 2011 masihi kepada para pembaca yang setia mengikuti perkembangan blog ini. Sebagai pelanggan tetap majalah Bahana dan juga sebagai penulis, saya sendiri berasa agak lemah dan malas juga untuk melangkah jauh ke depan. Apatah lagi untuk membuka semangat dan sebuah azam baru dengan sebuah harapan yang tinggi mengunung. 

Begitulah juga agaknya dengan majalah Bahana yang sehingga kini masih ketinggalan dari segi isu dan tarikh terbitannya. Kerana sehingga sekarang saya baru saja menerima majalah Bahana terbitan bulan Ogos 2010, pada hal kita sudah berada pada bulan Januari 2011 yang terasa begitu cepat pergerakannya, sesuai dengan peredaran masa dan zaman yang mengisi corak kehidupan kita pada ketika ini.

Sesuai dengan kesederhanaannya, mahu tidak mahu majalah ini tetap lahir dan menjadi santapan para penulis serta peminat sastera kita. Untuk itu, berikut ialah Isi Kandungan majalah Bahana terbitan bulan Ogos 2010.

Petikan Titah: MIB Jiwa Raga Brunei, Cerpen: Titik Terakhir karya Al-Qadzmina, Esei: Pewarnaan Islam dalam Hikayat Amir Hamzah oleh As-Sajdah HMK, Wadah Penyair Darussalam, Esei: "Batu Donsak": Menjadi Batu Bukan Kerana Derhaka oleh Maslin Haji Jukim, Cerpen: Di Hatiku Cuma Ada Kamu karya Zas, Persada Puisi Pilihan - Haji Mat Noor Matussin@Sagap, Cerpen: Lelaki Separuh Usia karya Ima, Pairama sastera: Pertemuan Penyair Nusantara Ke-4: Lestari Kehijauan Alam dan Kehidupan oleh Hidup Zin, Esei: Teori Pascakolonial dan Teori Semiotik dalam Wacana Kolonial dan Wacana Pascakolonial Novel Makna Sebenar Sebuah Ladang karya Muslim Burmat oleh Mohammad Rainie Haji Durani, Balada, Cerpen: Kap Kun Kap karya Haji Bujang Haji Matnor, Esei: Sastera Tradisional Hanya Boleh Disentuh atau Dikaji oleh Orang-orang Tradisional oleh Hajah Siti Norakhbariah Haji Tajudin, Syair, Cerpen: Aku Masih Ingat karya Norsiah Abd. Gapar, dan Sajak Ramadan.

Majalah Bahan terbitan bulan Ogos 2010 ini juga mengandungi Sisipan Khusus Lembaran MASTERA, serta Borang Peraduan Menulis Cerpen Hadiah Kreatif Bahana 2010 sempena Sambutan Jubli Emas (50 Tahun) Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (1961-2011). Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari Khamis, 30 Jun 2011.

Ulasan