Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.
Ketika ini Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei sedang membukakan penyertaan bagi Peraduan Menulis Karangan Majalah Mekar DBP dan Majalah Juara Pelajar DBP, Peraduan Menulis Cerpen Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP, dan Peraduan Menulis Rencana Beriga sempena Jubli Emas (50 Tahun) Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (1961-2011). Murid-murid, penulis-penulis dan orang ramai yang berminat untuk menyertai peraduan-peraduan tersebut bolehlah mendapatkan borang penyertaan melalui terbitan majalah Mekar, Juara Pelajar, Bahana, dan Beriga.
Ulasan
adakah penyertaan pertandingan ini terbuka kepada warga brunei sahaja?
bolehkah rakyat Malaysia turut menyertainya?
Peraduan ini hanya dibukakan kepada warga negara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur 17 tahun dan ke atas sahaja.
apakah maksud tema peraduan menulis karangan antara mekar dan juara,iaitu bebas?tajuk nya bebas atau kami bebas memilih apa saja tajuk nya untuk di hantar ke peraduan menulis karangan?
kan bertanyakan beberapa kemuskilan tentang peraduan menulis karangan di majalah mekar..
1. apa saja yg perlu disertakan selain cap sekolah perserta berkenaan apakah perlu disertakan juga surat pengesahan dari guru bahasa melayu?
2. apakah maksudnya tidak kurang dari 120 patah perkataan?kerana saya telah pun menulis melebih dari 120..tetapi cikgu saya memarahi saya dan menyuruh saya membuat balik dengan 120 patah perkataan...adakah salah jika saya membuat sampai 200 patah perkataan?
itu saja yg hendak saya tanyakan..harap dpt jawapan secepat mungkin trima kasih..