Apabila 'kerja menulis' Dijadikan Sebagai Kerjaya.

Salina Salleh dan karya novelnya.
Pada umumnya sesetengah orang beranggapan kerjaya sebagai penulis tidaklah menjanjikan pulangan yang menarik, terutama dari segi kemudahan asas dan kemudahan ekonomi yang lainnya. 

Oleh sebab itu kebanyakan penulis lebih selesa untuk mempunyai jawatan atau pekerjaan tetap, sama ada di sektor swasta atau sektor awam sehingga kerja-kerja menulis dijadikan sebagai kerjaya kedua atau secara sambilan sahaja.

Namun bagi Salina Salleh, seorang penulis wanita tempatan yang kini terkenal dengan novelnya Wajah Seiras Cinta terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad, Kuala Lumpur lebih suka memilih untuk berkerjaya sebagai seorang penulis sepenuh masa sebagi kerjaya utamanya.

Ketika dihubungi melalui mesej rangkaian sosial Facebook, Salina menyatakan, "Saya yakin bahawa bila kita mahukan karya penulisan yang berkualiti dan terdaftar sebagai sebuah masterpiece insyaAllah, kita wajib menjadikan kerjaya penulisan ini sebagi medan untuk cari makan dan tidak terikat pada mana-mana kerjaya lain sehingga menjadikan penulisan hanya suatu kerja sampingan."

"Saya sangat percaya dengan prinsip tersebut," kata Salina. Dan menambah, "Jawatan terakhir saya ialah Matron di JIS dengan gaji hampir 3K pada tahun 2007. Dan bila saya beritahu keluarga untuk berhenti dari jawatan tersebut, dan bergiat dalam bidang penulisan sepenuh masa, mereka tidak bersetuju."

"Tapi saya yakin dengan keputusan sendiri, dan keluarga tetap tidak berjaya mempengaruhi saya untuk bertahan dengan jawatan yang saya duduki. Syukur, sekarang saya melihat hasil menanai keyakinan saya atas kebolehan diri saya sendiri."

Apapun ini adalah sebahagian dari kisah-kisah kejayaan seseorang penulis, dan apabila kita jadikan kerja menulis itu sebagai kerjaya utama kita patut berasa kagum dengan kesungguhan Salina. Kini novel thriller Wajah Seiras Cinta hasil dari buah tangan pertama Salina adalah di antara 20 buah buku feksyen tempatan yang terlaris bagi bulan Jun 2011 di carta jualan mphonline.com

Untuk mengikuti lebih lanjut mengenai aktiviti penulisan Salina Salleh, awda bolehlah berkunjung ke blog Salina Salleh Novelis - Wajah Seiras Cinta.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
hi...saya teringin nak baca hasil nukilan saudara...dimana boleh saya mendapatkannya.. =)