Anak Lembu Kita Sudah Hilang.

Saya sudah lama tidak menulis untuk Mekar, majalah pelajar pembawa semangat baru terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh kerana majalah itu adalah penerbitan yang pertama memuatkan hasil-hasil tulisan saya ketika mula mahu bergelar menjadi penulis, maka saya kembali menulis untuknya dengan sebuah cerpen yang berjudul Anak Lembu Kita Sudah Hilang.

Mungkin ada di antara pembaca Mekar yang masih ingat dengan karya-karya saya, yang pada suatu ketika dahulu masih di bangku sekolah, kini telah menjadi seorang dewasa bersama-sama karya-karya tersebut. Jadi untuk tidak melupakan mereka, saya berasa ada baiknya saya kembali menulis untuk majalah itu lagi. Saya harap cerpen Anak Lembu Kita Sudah Hilang yang terbit di majalah Mekar, Julai 2011 ini akan menjadi nafas baru bagi saya untuk terus memberi sumbangan dan berkarya. Selamat membaca...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu