Siri Kuliah Sastera Bandingan XIV 2011

Prof. Dr. Ayu Sutarto
Pada kali ini saya berpeluang juga menghadiri Siri Kuliah Kesusasteraan Bandingan XIV 2011 yang diadakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Kuliah ini disampaikan oleh Prof. Dr. Ayu Sutarto seorang pensyarah di Fakultas Sastra, Universiti Jember, Indonesia yang juga ahli MASTERA Indonesia dengan menyampaikan kuliahnya yang bertajuk "Sastera Bandingan dan Sejarah Sastera".

Untuk tajuk siri kuliah pada kali ini, saya sangat tertarik sekali dengan penekanan Prof. Dr. Ayu Sutarto tentang Sastera Bandingan kita pada hari ini dan yang akan datang, iaitu telaah sastera bandingan seharusnya tidak boleh dilepaskan dari sejarah sastera, kerana sastera berbicara tentang perjalanan perasaan dan fikiran manusia dari zaman ke zaman, dan menggunakan bahasa sebagai mediumnya.

Pada saat ini, disedari atau tidak, peradapan manusia telah mulai berubah dari suatu peradapan yang dijaga oleh nilai-nilai yang diusung metanarasi menjadi suatu peradapan yang tertumpu kepada kepentingan pasar. Sastera tidak hidup di tengah-tengah dunianya sendiri, melainkan di tengah peradapan yang pelakunya (sasterawan, pemerhati, penerbit, dan lain-lain) bukan hanya ingin menghibur dan mencerahkan, melainkan juga berharap dapat memperolehi pengakuan dan pendapatan (profit, keuntungan). 

Oleh kerana itu, cakupan sastera bandingan sekarang ini adalah semakin luas dan beragam, sesuai dengan perkembangan zaman.

Ulasan