Sejak tahun 1986, Brunei Darussalam kini telah memiliki 27 orang penulis sebagai penerima South East Asia Writers Award. Untuk maklumat lengkap, sila berkunjung ke http://seawrite.com/?page_id=23
Ketika ini Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei sedang membukakan penyertaan bagi Peraduan Menulis Karangan Majalah Mekar DBP dan Majalah Juara Pelajar DBP, Peraduan Menulis Cerpen Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP, dan Peraduan Menulis Rencana Beriga sempena Jubli Emas (50 Tahun) Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (1961-2011). Murid-murid, penulis-penulis dan orang ramai yang berminat untuk menyertai peraduan-peraduan tersebut bolehlah mendapatkan borang penyertaan melalui terbitan majalah Mekar , Juara Pelajar , Bahana , dan Beriga .
Sehingga sekarang, di samping menganjurkan peraduan menulis karangan, penerbitan beberapa buah buku cerita, novel, antologi cerpen, antologi puisi, dan majalah, khususnya majalah Mekar yang mengandungi sastera kanak-kanak dan remaja yang dihasilkan oleh para pelajar, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei telah memperlihatkan suatu kesungguhan dan keyakinan dalam memperkembangkan sastera kanak-kanak dan minat berkarya dari golongan ini di Negara Brunei Darussalam.
Ini adalah kali pertama saya berjalan jauh dari bumi Negara Brunei Darussalam sesudah mencapai usia empat puluh tahun, dan kurang lebih dua puluh lima tahun melibatkan diri sebagai seorang penulis. Dalam tempoh tersebut saya tidak terfikir untuk berjauhan dari keluarga, kampung halaman dan Negara Brunei Darussalam yang saya cintai. Timbul rasa rendah diri di hati saya bahawa inilah takdir yang tidak dapat kita tentukan. Tanpa disangka-sangka, saya telah menjadi ‘tetamu’ di bumi Indonesia dan seterusnya menerima Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA yang diberikan menerusi aktiviti dan ihsan MAJLIS SASTERA ASIA TENGGARA (MASTERA) pada hari tersebut. Berasal dari sebuah keluarga yang tidak terlibat secara langsung dalam bidang penulisan kreatif, atau bidang akademik yang lainnya, saya mempunyai prinsip dan disiplin yang begitu banyak mempengaruhi kehidupan saya. Sebagai seorang penulis, prinsip dan disiplin itu juga telah menjadik
Ulasan