Kewajaran pemberian anugerah pengiktirafan kepada sasterawan tempatan.
Dalam setiap
tamadun, golongan penulis bukan sahaja menjadi pencatat zamanya tetapi dalam
banyak hal mereka juga menjadi penjana dan pemimpin pemikiran masyarakatnya.
Melalui
hasil penulisan dan karya sastera penulisan dan karya sastera dapat menyumbang
pada memajukan dan penguasaan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam yang
sekali gus dapat memperkaya khazanah persuratan dan ilmu Bahasa Melayu.
Melalui
penulisan dan karya sastera yang bermutu dan mempunyai nilai intelek juga,
dapat membantu kepada pencapaian wawasan negara dengan membawa masyarakat
sama-sama berfikir dan melihat maju ke hadapan untuk bangun dan mendukung
hasrat kerajaan dan negara untuk menjadi bangsa dan negara yang maju.
Secara
umumnya, karya sastera itu boleh dijadikan wadah berdakwah, berfikir, mendidik
dan menghibur yang berkesan. Banyak novel dapat membekalkan pelbagai ilmu
kepada pembacaanya yang sekali gus mampu menjana perubahan dalam masyarakat.
Misalannya
novel-novel yang dihasilkan oleh penulis terkenal seperti Tolstory, Dickens,
Pramoedya, Shahnon dan lain-lain mempunyai analisis sosial yang mempengaruhi
aliran pemikiran dan pembangunan masyarakat di zaman-zaman tertentu.
Oleh itu,
pemberian pengiktirafan berbentuk anugerah itu adalah sesuatu yang wajar
diberikan kepada penulis, tidak terkecuali kepada penulis kita, insya-Allah.
[Dipetik dari Ucapan
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma
Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah di Majlis
Pertemuan Sastrawan Brunei V bertempat di Hotel Antarabangsa Rizqun pada Hari
Rabu 8 Disember 2010]
Ulasan