Penyertaan peraduan menulis di peringkat antarabangsa

Apabila bercakap mengenai peraduan, saya baru teringat bahawa saya pernah diminta untuk menyertai satu peraduan menulis di peringkat antarabangsa, iaitu The Scholastic Asian Book Award (SABA) 2012 yang lalu dengan menghantar sebuah manuskrip kumpulan cerpen yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Sama ada suka atau tidak, sebenarnya itulah sahaja manuskrip kumpulan cerpen kanak-kanak dan remaja yang saya ada ketika itu; yang pada awalnya saya hantar kepada badan penerbit di sini untuk diterbitkan, sambil berharap kanak-kanak dan remaja kita di negara ini akan dapat membacanya, dan menyukainya.

Manuskrip kumpulan cerpen itu saya tulis sejak saya berusia lima belas tahun lagi, iaitu ketika saya masih berada di bangku sekolah menengah dan mula mempelajari sastera secara khusus. Oleh kerana minat dan bakat yang disedari, maka saya mampu menulis sehingga sekarang. Akan tetapi untuk kembali pada zaman kanak-kanak dan remaja, dan menulis mengenainya pada usia sekarang tentu sekali akan mempengaruhi sikap awda sebagai seorang penulis yang telah meningkat usia kini.

Tetapi inilah kesudahannya, manuskrip saya itu bukan sahaja tidak mendapat tempat dalam senarai sepuluh karya yang terbaik dan menjadi pemenang dalam The Scholastic Asian Book Award (SABA) 2012malahan saya terpaksa menunggu menunggu menunggu sehingga manuskrip itu dapat terbit, dan akan dapat dibaca oleh sebilangan kanak-kanak dan remaja kita di negara ini dengan sebaik mungkin.

Ulasan

precious cla berkata…
menulis bukan untuk menang tetapi tentang sebuah nilai kepuasan