Sebagai penulis - kita ikut persatuan atau bergiat secara persendirian

Memang diakui bahawa ada sebahagian penulis tanah air yang tidak ikut serta dalam persatuan atau gerakan rakyat (dalam konteks ini ASTERAWANI), kerana mungkin mereka berpendapat yang penting bukanlah persatuan tetapi hasil penulisan. Mungkin sahaja kita silap, tetapi menyatukan penulis tanah air dalam satu wadah gerakan adalah lebih baik dari bergiat secara persendirian. Dan selaku pencinta dan penggiat kesusasteraan Melayu, kita berpendapat bahawa gerakan rakyat melalui persatuan dan kesatuan cukup penting apatah lagi dalam suasana atau iklim negara ini yang sifatnya homogen.

Mengkritik kegiatan sastera yang dianjurkan oleh gerakan rakyat yang dianggap sebagai pesta-pestaan atau sesuatu yang hangus adalah kurang bijak. Sebab kegiatan yang diadakan seperti seminar, pertemuan, perkampungan dan dialog sastera merupakan satu gerakan intelektual rakyat. Intelektual rakyat pada kebiasaannya adalah golongan yang mendengar suara rakyat secara bersemuka dan orang yang melihat gelagat rakyat dari dekat. Berbeza dengan intelektual establishment yang kebiasaannya bergerak mengikut batas-batas atau sifat apparatus dan mengketarakan kedudukan protokolwise.

Ada sebahagian kecil penulis tanah air memandang sinis terhadap gerakan rakyat. Mereka berpendapat kegiatan yang diadakan oleh gerakan rakyat tidak akan sampai ke mana. Tambahan lagi jika gerakan rakyat itu dianggotai oleh golongan yang tidak serasi dengan mereka. Hal ini berlaku disebabkan oleh konsep kesepunyaan yang sudah tidak mengakar lagi atau ketidakyakinan mereka terhadap gerakan rakyat memperjuangkan sastera dan budaya Melayu. (Dipetik dari Dr. Haji Hashim bin Haji Abd. Hamid, "ASTERAWANI: Gerakan Rakyat Sepanjang Zaman" dalam Bicara Sastera Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Brunei Darussalam 2002. hal. 123)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu