Buku: Panduan Menulis Skrip Drama Radio

Drama radio adalah seni sastera yang menggunakan media elektronik sebagai alat penyebarannya. Ia berbeza dengan cerpen atau novel yang menggunakan media cetak sebagai medium penyebarannya. Bagaimanapun, proses penciptaannya serupa dengan hasil karya sastera yang lain.

Sebuah cerpen yang baik dapat membuka fikiran baru kepada pembaca, boleh membuat pembacanya menangis, marah, malah tersenyum sendiri dengan pelukisan watak yang mengesankan. Begitulah juga dengan drama radio.

Dengan mendengar dialog-dialog yang diucapkan oleh para pelakon, sesebuah drama yang baik boleh membuat pendengar duduk tertegun di sisi radio mendengarkan cerita hingga selesai. Malah kadang-kala, pendengar ikut tersenyum mendengar dialog lucu atau menitiskan air mata, bersimpati seperti di pentas atau di kaca televisyen.

Begitu hebatnya kesan drama radio. Semua ini banyak bergantung kepada mutu skrip dan lakonan. Sebabnya mudah saja, untuk menimbulkan kehebatan itu tentu sekali perlukan sebuah skrip yang sempurna dan bermutu.

Kini timbul pula soalan, bagaimana untuk menulis skrip yang baik dan dapat menarik perhatian para penerbit drama radio? - Khadijah Hashim, 2000. Panduan Menulis Skrip Drama Radio. Selangor: 'K' Publishing Sdn. Bhd., hlm. Kata Pengantar iv.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu