Antologi Puisi Gema Kalbu - Dino MN

Judul: Antologi Puisi Gema Kalbu Penulis: Dino MN Penerbit: Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Negara Brunei Darussalam Tahun: 2018 Muka Surat: 158p ISBN: 978-99917-75-08-1 (Kulit Nipis) 978-99917-75-09-8 (Kulit Tebal)

Gema Kalbu merupakan antologi puisi karya Dino MN yang dihasilkan sejak tahun 1967 hingga sekarang. Antologi ini merupakan antologi perseorangan Dino MN yang kedua setelah antologi pertamanya yang bertajuk Dendang Suchi yang diterbitkan oleh Borneo Literature Bureau (Biro Kesusasteraan Borneo), Sarawak pada tahun 1971 yang dianjurkan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah.

Sebanyak 112 buah puisi yang terkandung dalam antologi ini yang dihasilkan sekitar tahun 60an hingga sekarang yang kesemuanya telah pernah tersiar di majalah Bahana, akhbar tempatan Media Permata terbitan Brunei Press Sdn. Bhd., juga diterbitkan dalam antologi-antologi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Kesemua puisi-puisi karya Dino MN ini menggarapkan pelbagai persoalan kehidupan sosial dan sebagainya yang cukup memberi makna yang tersendiri.
...
Anak sayang
jika kecilmu sebebas ini
tidak dibelengu tali ikatan
jelajahlah daerah rumput hijau
rubuhkan kandang duri ini
kita akan pergi ...

Petikan dari Dino MN, 2018. Antologi Puisi Gema Kalbu. Negara Brunei Darussalam: Jabatan Pembangunan Masyarakat. hlm. blurb.

Ulasan