Antologi Puisi Dalam Cermin Sejarah - 5 Dasawarsa Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam.

Judul: Dalam Cermin Sejarah Penerbit: Pusat Sejarah Brunei Tahun: 2019 Muka Surat: 217p ISBN 978-99917-63-72-9 (Kulit Nipis) Harga: BND$13.00 978-99917-63-71-2 (Kulit Tebal) Harga: BND$18.00

Majlis Pelancaran Buku Antologi Puisi Dalam Cermin Sejarah bersempena Lima Dasawarsa Pemerintahan dan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas taktha kerajaan selaku Raja, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan telah berlangsung pada Sabtu, 5 Rejab 1441 bersamaan 29 February 2020 bertempat di Tarindak D'Seni, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.

Buku antologi puisi ini adalah merupakan kumpulan puisi daripada 56 orang penyair negara yang mengandungi 56 buah nukilan puisi khas, dan julung-julung kali diterbitkan oleh Pusat Sejarah Brunei yang mengemukakan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan urutan sejarah keputeraan, pertabalan, perpuspaan dan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam.

Di antara lain, sebahagian penulis ada juga yang berbicara mengenai sejarah dan sistem pemerintahan, sikap pemedulian dan kasih sayang Baginda kepada rakyaat, nilai-nilai sejarah, kebudayaan dan adat istiadat, kemerdekaan negara, hubungan antarabangsa serta serantau, dan semangat patriotisme melalui tiap bait dan baris puisi yang dicipta. Akan tetapi pada keseluruhannya masih dapat dikatakan bahawa puisi-puisi yang terkandung dalam antologi puisi ini sangat sesuai dengan tujuan antologi ini diterbitkan

Diucapkan tahniah kepada kepada penerbit,dan penulis-penulis yang terlibat dalam menjayakan antologi ini.

Ulasan