Anugerah Terindah - Antologi Cerpen Sempena Jubli Emas 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Taktha

Judul: Anugerah Terindah Penyelenggara: Dr. Chong Ah Fok Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun: 2017 Muka Surat: 181p Binding: Kulit Nipis ISBN: 978-99917-68-19-9 Harga: BND$8.00

Antologi cerpen Anugerah Terindah yang diungkayahkan oleh Badan Kesenian dan Kebudayaan (B2K) Tutong ini adalah merupakan sebuah terbitan sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Taktha.

Antologi ini memuatkan sebanyak 19 buah cerpen yang dipertandingkan sempena sambutan yang bersejarah itu dan adalah hasil dari buah tangan penulis-penulis baharu dan mapan di Negara Brunei Darussalam, dan juga merupakan anugerah terindah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam khususnya, serta kepada para peminat kesusasteraan Melayu di mana sahaja berada.

Antologi cerpen Anugerah Terindah menghidangkan cerpen-cerpen yang mempunyai pelbagai cara persembahan penceritaannya, bermula daripada yang kovensional kepada yang kontemporari, dan daripada cerpen kepada cerita biasa. Gabungan seumpama ini adalah disenghajakan sesuai dengan tema penerbitan yang dipilih. Semoga dengan terbitnya antologi ini memberi manfaat kepada kita semua.

Ulasan