Isu Sosial sebagai Tema dan Persoalan dalam Penulisan Sajak

Tanggungjawab dan kesedaran sosial telah membawa kita untuk terus menulis berbagai isu sebagai tema dan persoalan dalam kebanyakan sajak. Sebagai seorang penyair, kita bukan sahaja menulis mengenai kemiskinan, keluh-kesah atau susah-payah kita dalam menjalani kehidupan ini sehari-demi-sehari. Malahan isu sosial, terutama masalah moral sangat patut diambil kira oleh setiap penulis atau segenap lapisan masyarakat.

Masalah moral, terutama sekali pergaulan bebas sudah sekian lama wujud sejak beribu-ribu tahun yang lampau, dan sehingga sekarang kita bagaikan masih bergelumang dengan masalah ini. Ini bukan hanya bermakna bagi individu yang berpendidikan rendah atau tinggi, malah kebanyakan ahli dalam masyarakat moden atau maju masih tidak sedar dengan keburukan yang ada.

Lalu, kita sangat percaya masalah ini akan membawa kesan yang sangat buruk dan ditakuti akan membawa bencana dalam sosial-budaya kita. Ini ditambah lagi dengan munculnya fahaman dan gaya hidup segelintir masyarakat yang sangat bertentangan dengan kepercayaan yang telah kita pegang selama ini.

Anehnya, masyarakat kita seolah-olah membenarkan keburukan-keburukan ini, atau memandang sebelah mata sahaja, sehingga ada di antaranya tidak lagi mengikut fitrah asal kita sebagai orang Melayu yang dikenali dengan akal budi dan sopan santunnya. Sehubungan dengan ini, berikut adalah sebuah sajak yang berjudul Nor yang telah kita tulis kira-kira 27 tahun yang lalu, dan terbit dalam Kumpulan Puisi Nakhoda Manis – Pelayaran Kedua (DBP, Brunei; 2009).

Nor

Di bandar moden ini
kukenal kau
seperti anggerik desa
yang mekar di tepi kali.

Baru sahaja menyapa
lalu cinta pun bermula
dengan senyum dan bicara
semudah angin semudera
yang datang dari tenggara.

Lalu sampai waktunya
kita kehilangan salam
dan terpisah jalan
di persimpangan arah
masing-masing tak pernah
kembali untuk menemukan diri
di sini.

Bandar Seri Begawan
1997

Ulasan