Baca Buku - 'Langkah Menangani Isu Sosial'.

Judul: Langkah Menangani Isu Sosial Penerbit: DBP, Brunei. Tahun: 2005 Muka Surat: 49p. ISBN: 99917-0-424-8

Langkah menangani isu sosial rata-rata mengutarakan gejala sosial seperti kes keganasan rumah tangga, kes seks bebas di kalangan remaja, dan kes penyalahgunaan dadah yang berlaku di negara kita. 

Kebanyakan penulis bukan sahaja mendedahkan masalah gejala sosial tersebut bahkan sebab berlaku dan cara penyelesaian juga disentuh.

Buku kumpulan rencana hasil dari Peraduan Menulis Rencana 2004 anjuran Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Menangani Isu Sosial Negara Brunei Darussalam ini sangat sesuai sebagai bacaan umum, terutama kepada pelajar dan ia berupa bimbingan motivasi dalam membina kecemerlangan diri dan keharmonian keluarga.

Ulasan