Baca Sajak - Sepucuk Surat Kepada Nasi

Sepucuk Surat Kepada Nasi


Tanpa nasi kita lapar dan tidak bermaya untuk bekerja dan cari wang, atau bercinta lagi. Hidup menjadi sebatang kara, atau jatuh miskin kerana perut kosong dan dingin. Dunia kita tidak akan menjadi mudah tanpa nasi. Ada waktunya kita hanya sekujur makan di ruang dapur, atau pergi ke restoran yang paling dekat dari rumah ini

Lalu, sepucuk surat kutulis kepada nasi yang menjadi rezeki

Di manakah ladang kita, atau para peladang yang sanggup berkerja keras di tengah sawah dan bertanam padi, di manakah kilang kita untuk menghasilkan beras, sementara cupak dan gantang semakin sukar untuk kita miliki lagi. Atau kita hanya sekujur makan dan tidur setelah berasa kenyang dan senang. Tanpa nasi kita lapar

Puasha
Bebuloh
5/9/2026

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu

10 Sebab Mengapa Awda Membaca Karya Sastera.