Cerpen 03


 

Maaf

BUMMMPPPP!
Tiba-tiba saya dengar bunyi ini dari belakang kereta BMW yang saya pandu. Saya berasa amat terkejut, apa-apa pun saya memang berasa amat terkejut. Saya dapat rasakannya, jantung saya berdenyut cepat, kepala saya berasa pening-pening lalat kerana dahi saya terhantuk kuat di setereng kereta.
“Maaf. Maafkan saya,” kata seorang anak muda dengan muka cemas sebaik saja membuka pintu di sebelah kanan kereta saya, dia bingung dan meraba-raba bahu kanan saya.
Maaf.
Saya tidak boleh berfikir dengan baik dan... dan saya pasti ini sudah tentulah bermaksud sesuatu yang tidak baik telah berlaku pada saya.
Saya terlibat dengan kemalangan!
“Maaf. Abang tidak apa-apa.” Kata anak muda lagi, memandang ke muka saya.
Maaf.
Saya lalu keluar dari kereta, jantung saya berdenyut cepat, kepala saya juga masih berasa pening-pening lalat dan dahi saya berasa sakit dan terasa bengkak sebaik saja saya merasakannya dengan hujung jari-jari tangan kanan saya.
Kemudian saya dapat melihat dengan jelas, bahagian belakang kereta BMW saya sudah remuk; bumper pecah di atas jalan dan tidak kelihatan satu apa pun yang tinggal pada set lampu belakang kereta saya yang saya yakin telah berfungsi dengan baik sebelum bertolak dari rumah tadi.
“Awak telah melanggar kereta saya,” kata saya dengan suara terketar-ketar. “Sudah berapa lama awak memiliki lessen memandu?”
“Maafkan saya,” jawab anak muda ini lagi.
Maaf. Maaf. Maaf. Cuma maaf. Anak muda ini cuba meminta simpati dari saya. Maaf. Alangkah mudahnya meminta maaf, tapi kemaafan pun sudah tentu tidak akan dapat mengubah apa-apa yang telah berlaku.
“Awak ada lesen memandu.” Tanya saya lagi.
“Maaf, bang. Saya tidak sengaja,” jawab anak muda pula.
“Walaupun awak tidak sengaja, awak mesti bertanggungjawab. Masalah ini tidak akan selesai jika awak meminta maaf saja,” kata saya dengan suara terketar-ketar. “Awak cuai!”
Saya lihat anak muda ini bertambah bingung, bengang, bahlul, dengan mata yang kelihatan kemerah-merahan; dan saya seperti selalu saja melihat anak muda sepertinya di mana-mana. Mereka ini adalah wira kita, hero kita; sama seperti watak fiksi Barat Superman atau Batman itu. Lupakan saja Schumacher, Hakkinen, Coulthard kerana mereka ini tidak pernah berlumba di jalan-jalan raya. Mereka ini juga, tentunya, tidaklah sehebat mana apabila memandu dijalan-jalan raya, dan tidak pandai ubai-suai kereta. Kecuali hanya memandu di litar lumba kereta Formula One itu.
Saya fikir, saya mula berfikir dengan baik sekarang.
“Jadi awak tidak pernah memiliki lesen memandu,” kata saya.
Anak muda cuma mampu menganggukkan kepalanya.
“Kereta pun tidak ada cukai jalan.” Keluh saya, sebaik saja melihat Mitubishi Lancer GLX anak muda ini.
Sekarang jalan raya penuh sesak dengan kenderaan dari kedua-dua hala; arus perjalanan kenderaan menjadi perlahan kerana kereta Mitubishi Lancer GLX anak muda ini dan kereta BMW saya masih terkandas di tengah simpang jalan utama menuju ke bandar. Saya tidak menyangka akan menjadi perhatian oleh banyak pemandu, dan penumpang kereta yang menggunakan jalan raya ini; di pagi yang sangat indah ini.
Saya rasakan kami seolah-olah telah berjaya mempamerkan satu acara pelanggaran kereta yang mempunyai satu nilai seni ditengah-tengah simpang jalan raya ini, dan bersama anak muda ini saya patut berasa bangga dan melambai-lambaikan tangan pada semua pemandu dan pengguna jalan raya ini kerana telah menghasilkan pameran yang hebat ini; sehingga memungkinkan mereka yang melihat keadaan kereta kami ini berasa sedar dan beringat-ingat ketika memandu di jalan-jalan raya kita ini. Dan saya fikir, kami juga masih bernasib baik kerana tidak melibatkan kecederaan dan kehilangan jiwa.
Seorang penumpang kereta pick-up mengangkat tangan dan mencatat nombor pendaftaran kereta kami; (yang lain mungkin sudah menghafal untuk 4-Digit yang mungkin akan mengena pada hujung minggu ini).
“Bang, minta maafku bang. Macam ini saja, kalau abang setuju aku saja yang menanggung membaiki kereta abang ini. Tidak payahlah kita bawa masalah ini dengan polis.” Kata anak muda ini akhirnya, dan memasang api rokok di bibirnya.
“Pandai membaiki kereta, dapat lagikah dibaiki keretaku ini.” Kata saya.
“Insy-Allah, bang. Beri saya tempoh seminggu.” Kata anak muda.
Anak muda ini nampaknya beria-ia benar dengan janjinya. Berjanji dengan izinkan Allah pula. Saya sendiri tidak tahu adakah janji anak muda ini benar-benar ikhlas dan menetapkan janjinya; dan berusaha mengusahakannya atau bulat-bulat menyerahkannya dengan izin Allah saja. Apabila seseorang menyebut Insya-Allah ini bermakna ia sudah mernpunyai niat untuk melaksanakan tanggungjawabnya, sebaliknya jika ia sengaja mengabaikan niatnya; bererti ia sudah mengabaikan tanggungjawabnya dan adalah berdosa bagi orang yang sengaja tidak berusaha menunaikan janjinya dengan menyebut Insya-Allah.
Saya rasa, saya boleh berfikir dengan waras sekarang.
“Baiklah,” kata saya, bersetuju.
Anak muda ini pun menyerahkan kad perniagaannya; di mana saya boleh tahu nama penuhnya, alamat dan nombor telefon syarikat tempatnya bekerja. Rupa-rupanya anak muda ini adalah seorang mekanik kereta, dan saya rasa tidak lama lagi akan mengenalinya dengan lebih dekat.
Ini tentu saja satu kebetulan.
Oleh kerana saya sudah terlalu lewat untuk masuk bekerja, bersama anak muda ini saya terus memandu kereta BMW saya menuju ke alamat syarikat membaiki kereta di mana anak muda ini bekerja; tempat di mana anak muda ini berjanji akan membaiki kereta BMW saya.
Kali ini anak muda memandu kereta Mitubishi Lancer GLXnya di depan saya, sedangkan saya mengekorinya dari belakang dan berasa tidak suka memandu kereta BMW saya yang sudah remuk teruk di bahagian belakangnya ini. Tapi anak muda yang memandu di depan mula mengajak saya memecut laju, seperti tidak pernah berlaku apa-apa pada bahagian depan kereta Mitubishi Lancer GLXnya yang remuk itu dan dengan bunyi ekzosnya yang berderum di sepanjang jalan raya yang kami lalui.
Akbirnya saya sampai ke pejabat setelah lewat tiga jam tiga puluh sembilan minit dari waktu bekerja di pejabat bermula. Saya terpaksa menambang teksi dari syarikat bengkel di mana anak muda itu bekerja. Mulai dari saat itu saya seakan sentiasa ingat rupa paras dan suara anak muda itu. Ia benar-benar telah menyusahkan saya pada hari ini, walaupun sudah berkali-kali ia meminta maaf.
Maaf. Maaf. Maaf.
Saya maafkan saja ia, dalam keadaan sedar dan bertimbang rasa.
“Pu, bos panggil. Sila masuk ke biliknya,” tiba-tiba kerani pejabat kami mengejutkan saya; ketika baaru saja lima minit menumpukan perhatian menyemak fail kerja yang disediakan di atas meja kerja saya.
Sebaik saja berdiri di depan pintu bilik bos, saya lalu mengetuk-ngetuk duan pintu biliknya, memutar tombol pintu biliknya yang berwarna keemasan, menolak daun pintunya yang dipernis kemas dengan perlahan, dan menjenguk ke dalam.
Bos.
Saya lihat bos sedang sibuk bekerja dengan tangan kanannya memegang sebiji mug minuman panas di bawah bibirnya dan tangan kirinya membelek-belek-belek kertas cetakan komputer yang difail kemas dan  kelihatan sangat tebal.
Bos.
Semua kakitangan di pejabat kami memanggil ketua kami ini bos. Bos. Bos. Bos. Tapi bos tidak pernah tahu dengan panggilan ini, kerana apabila kami berhadapan dengannya, kami akan mengubah panggilan ini dengan membahasakan dirinya ‘Tuan’ pula.
“Tuan panggil saya,” saya terus saja berdiri di depan meja kerja besarnya yang hitam berkilat.
“Fail kelmarin sudah siap semak.” Bos terus menyerang saya.
“Sedikit lagi, Tuan.” Jawab saya.
“Serahkan saja pada penolong awak.” Arah bos. Bos masih belum mengangkat muka ke arah saya.
Saya mengangguk kepala, “Baiklah.”
“Pagi tadi kita ada mesyuarat. Awak tidak masuk.” Kata bos lagi.
“Maaf, Tuan. Saya...” Saya…
“Ketiadaan awak telah merumitkan mesyuarat itu tadi dan saya merasa kecewa,”
Saya bagaikan dipukul terus oleh bos.
“Maafkan saya kali ini, Tuan.” Saya benar-benar berasa bersalah, dan tunduk memandang lantai karpet bilik kerja bos.
“Susahlah kalau macam ini. Awak memang pekerja baik dan menjalankan tugas dengan baik, tapi apa yang telah berlaku pada pagi ini menunjukkan awak tidak bertanggungjawab.
“Awak tahu minit mesyuarat sudah diedarkan lebih awal dan mesyuarat pagi itu tadi teramat penting bagi jabatan ini.” Saya rasa bos telah melanyak saya cukup-cukup pada pagi ini.
“Maaf, Tuan. Saya terlibat dengan kemalangan jalan raya tadi…”
“Ha. Ha. Ha. Sudah, sudah1ah. Saya tidak mahu dengar!”
“Tuan, maafkan saya.” Saya merayu.
“Awak accidentkah, awak apakah. Awak mesti bertanggungjawab.” Bos sekali lagi menghukum saya. Tegas. Suaranya keras sekali.
Bos.
Pagi ini bos marah lagi. Marah. Marah. Marah. Bos tidak tahu hendak  mernaafkan saya, kerana saya tidak sempat masuk mesyuarat, datang lewat ke pejaba. Bos ticlak mahu dengar sebab-sebab dan alasan saya; kemalangan kereta - dilanggar lalu pergi ke syarikat membaiki kereta anaknya, naik teksi, traffic jam; jadi saya datang lewat.
Saya memang ingat ada meayuarat pada pagi ini, tapi nasib telah merubah segala-galanya. Saya memang boleh tahan melihat kepala botak bos lama-lama, sedangkan bos sudah mula membelakangi saya dan menghadap monitor kompulier.kerjanya.
Melihat cara bos, saya anggap bos sudah tidak mahu menerima maaf dari saya lagi, dan saya tidak pula mengharap sangat bos akan memaafkan saya, walaupun sebenamya bos mernpunyai masa untuk mendengar penjelasan dari mulut saya pada pagi yang indah ini.
Saya berasa amat kesal dengan pelanggaran kereta BMW saya yang berpunca dari kecuaian anak mudanya di tengah perjalanan tadi.
Sekarang saya rasa, saya patut cekik saja leher anak mudanya itu sehiugga mukanya menjadi biru dan lidahnya terjulur keluar, sehingga ia tidak boleh bernafas dan tidak berupaya mengucapkan kata maaf-maaf-maaf dan merayu-rayu dengan begitu mudah sekali; sehingga saya berpuas hati dengan kejadian yang tidak saya ingini ini dan boleh saya ampunkan.
Dengan yang demikian sudah tentulah bos tidak perlu menerima maaf dari saya lagi dan saya pun sudah tentu berasa puas hati melihat anak mudanya itu tercekik, tidak bernyawa, lalu mati setelah menyusah-menyusah-menyusahkan saya pada pagi yang indah ini.
Bos.
Saya lihat bos tidak menghiraukan saya lagi. Bos terus mengetik-ngetik-ngetik keyboard kompiter kerjanya dan saya sudah tidak tahan lagi berdiri lama di belakangnya.
Bos.
Saya tidak dengar suara bos yang garau ini berkata-kata lagi pada saya. Bos sengaja main- main dengan saya. Bos. Bos. Bos. Maaf bos!
Saya teringin menyalami dan mencium tangan Bos, melutut dan merayu; berjanji tidak akan datang lewat lagi dan menebus segala dosa saya, tapi takut pula Bos anggap saya main-main dalam hal ini.
Saya berasa serba-salah, dan akhirnya saya memberanikan diri untuk beredar keluar dari bilik kerja Bos. Setelah memutar tombol pintu biliknya yang berwarna keemasan, menarik daun pintunya yang dipernis kemas, dengan perlahan sambil menoleh ke belakang badan Bos yang semakin gemuk, saya pun keluar.
Sekarang, saya mula mendapati meja kerja saya telah...
“Mana meja kerja saya!” Saya terus berteriak. Saya lihat tiga orang kawan, yang juga pegawai sekerja lalu tersentak dan berhenti dari menumpukan perhatian mereka dari kerja masing-masing. Saya tidak peduli; saya rasa, saya juga berhak mempertahankan kerjaya saya. Di mana meja kerja saya, saya berteriak.
Kemudian kerani pejabat kami muncul dan berkata, ‘Meja kerja kita sudah dipindahkan ke bawah. Bos suruh pindah. Maaf, Tuan...”
Maaf.
Pada pagi ini saya rasa, sayalah satu-satunya orang yang sangat senang sekali memberi maaf; sehingga tidak lagi diberi tugas penting di pejabat kami ini dan tidak lagi perlu meminta maaf banyak-banyak dari orang lain.
Saya mula berasa sangat kesal kerana dengan begitu sangat mudah telah memaafkan anak muda itu pada pagi ini. Saya juga mula berasa sangat kesal kerana Bos bersikap tidak adil terhadap saya. Apa yang saya mahu, Bos mesti tahu bahawa anak mudanya itu telah melanggar kereta BMW saya dalam perjalanan ke pejabat pada pagi ini; dan anak mudanya itu benar-benar telah menyusahkan saya.

Ikuti cerpen Puasha yang lainnya: Mat Jenin Internasional | Temuduga | Hipotesis Gila | Maaf | Cinta Cinta Cinta: Satu Persoalan Mengenai Hukum Bercinta Di Internet | Tuhan Maha Mendengar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Apabila 'kerja menulis' Dijadikan Sebagai Kerjaya.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.