Catatan

10 Disiplin Penulis dan Penulisan yang Harus Kita Tempuh

Imej
Sigmund Freud meletakkan penulis sebagai seorang yang introvert atau 'kenal diri sendiri' yang sering mengalami penyakit neurosis dan cuba mencari ubat terhadap keinginan fizikal yang tidak dapat dilaksanakan melalui proses kreatifnya walaupun gagal untuk sembuh sepenuhnya. Naluri semula jadi dalam diri penulis tidak sesuai dengan kehidupan di luar dirinya, umpamanya nilai-nilai masyarakat. Dengan itu penulis menjelmakan segala angan-angan dan cita-citanya melalui tulisan-tulisan agar memperolehi kepuasan (Abdullah Tahir, 1989: 16). Ini bermakna mencari hakikat kewujudan diri adalah penting kepada penulis untuk membentuk identiti diri dan karya mereka melalui pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Kaum penulis adalah golongan pemikir, dan pencetus nafas kesedaran terhadap isu yang melanda di dalam masyarakatnya. Oleh sebab itu kaum penulis adalah pemimpin masyarakat menerusi pena dan tulisan mereka sehingga membentuk sesuatu yang akan melahirkan etika diri seseo...

3 Kelompok dan Khalayak Pembaca yang Perlu Kita Ketahui.

Imej
Khalayak pembaca terdiri daripada beberapa kumpulan yang mempunyai pelbagai tahap pencapaian dan kecenderungan. Jakob Sumardjo (1995) menjelaskan hasil penelitian Kimman yang melakukan penyelidikan di Indonesia dan mendapati kelompok pembaca boleh dikategorikan kepada dua golongan. Golongan pertama ialah pembaca pemburu informasi iaitu mereka yang sering membaca surat khabar, majalah, buku, menonton televisyen dan mendengar radio pada waktu berita disiarkan untuk memperolehi maklumat terkini. Golongan kedua ialah pembaca majoriti yang hauskan hiburan. Kelompok ini bukan pembaca yang sebenarnya kerana mereka lebih suka menonton televisyen, mendengar lagu dan sandiwara dari radio, menonton filem, menonton sandiwara rakyat dan sebagainya untuk mendapatkan hiburan semata-mata. Seterusnya, beliau mengkategorikan pembaca secara khusus kepada tiga kelompok iaitu pembaca serius, pembaca hiburan dan pembaca tradisional. Pertama, pembaca serius ialah mereka yang memerlukan informasi dan...

Mekar and the Development of Children's Literature in Brunei Darussalam

Imej
To date, in addition to organizing writing contests, the publication of several story books, novels, short stories anthologies, poetry anthologies, and magazines, especially the Mekar magazine which is containing children and youth literature produced by students, by now the Brunei Language and Literature Bureau has showing a bit passion and confidence in developing children's literary and artistic interests in Brunei Darussalam. Since 1967, Brunei Language and Literature Bureau through the publication of Mekar magazine has opened it opportunities and interests from teenagers and students to compose short stories and poems to fill the available space. This situation has lasted for fifty years, and the Mekar magazine has produced so many great talented writers, among which can be called Awang Damit, Muslim Burmat, Salleh Abd. Latiff, Adi Marhaen, Rusman Ali, Pengiran Aji Pengiran Mohd Tahir, Morshidi Haji Marsal, Chong Ah Fok, A. Mohammad Haji Timbang, Aminah Haji Momin, Zef...

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Imej
Sehingga sekarang, di samping menganjurkan peraduan menulis karangan, penerbitan beberapa buah buku cerita, novel, antologi cerpen, antologi puisi, dan majalah, khususnya majalah Mekar yang mengandungi sastera kanak-kanak dan remaja yang dihasilkan oleh para pelajar, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei telah memperlihatkan suatu kesungguhan dan keyakinan dalam memperkembangkan sastera kanak-kanak dan minat berkarya dari golongan ini di Negara Brunei Darussalam.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

Imej
Antara fungsi cerita kanak-kanak ialah untuk menghibur, mendidik, mendapat pengetahuan, mendapat pengalaman, memotivasi, dan mengayakan bahasa. 1. Fungsi yang dikemukakan mestilah berunsur universal supaya pengalaman yang dibentangkan atau didedahkan dapat dihayati. Ini bermakna buku itu berjaya merentangi ujian masa dan dapat dinikmati oleh kanak-kanak di mana-mana saja dan bila-bila masa, contohnya ialah buku-buku yang sudah menjadi klasik. Jadilah wataknya yang sentiasa boleh dikenal pasti (identify) oleh kanak-kanak tidak kira masa, tempat, dan zaman. 2. Melalui cerita yang dibaca, kanak-kanak akan terdedah kepada pelbagai jenis kehidupan manusia, baik secara individu atau kumpulan. Dengan terdapatnya unsur begini, kanak-kanak dapat melihat perspektif kehidupan manusia yang lebih optimis serta memahami keadaan diri mereka dengan lebih nyata. Dari itu, apa yang disampaikan oleh penulis mestilah rangkaian peristiwa dan pengalaman yang benar-benar berhubung dengan realiti teta...