Catatan

Selamat Tahun Baru 2024 Masihi

Imej
Sudah menjadi tradisi dalam kalangan orang kita menyambut tahun baru dengan berbagai cara. Tapi sebagai seorang penulis, kita sudah tentu akan bermula dengan suatu cara yang sering dikatakan orang sangat mudah - seperti menulis sebuah nota dan catatan. Akan tetapi tidak ramai yang boleh menulis sebuah puisi atau sajak yang mempunyai suatu tujuan untuk membentuk pemikiran dan tabiat masyarakat kita di dalam kehidupan mereka sehari-hari. Tahun Baru bagi saya, sebenarnya sudah mula dirasakan pada bulan Disember tahun lepas, apabila ramai orang meninggalkan tempat kerja mereka lalu pergi bercuti keluar negeri atau membuat persediaan tertentu. Apabila ini berlaku, pejabat akan menjadi sunyi dan hanya beberapa orang sahaja yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Jika tidak ada yang perlu dibuat, mereka yang menunggu di pejabat ini hanya mampu bersosial di talian facebook , dan yang seumpamanya. Sepuluh tahun yang lalu, kita sudah menulis sebuah puisi yang mempersoalkan ‘fenomena ak...

Letak Pena, dan Salute untuk Penulis Muda Kita

Imej
Kadang kala kita berasa mahu letak pena saja, bukan kerana mengalah atau jemu untuk menulis. Akan tapi, hati nurani kita ada kalanya berasa kosong dan hampir tidak mahu bergerak ke depan lagi. Lalu, kita berharap akan ada penulis muda yang menyambung harapan kita selama ini untuk menuju ke sebuah wawasan yang lebih baik, dan salute untuk semuanya. Berikut ini ialah sebuah sajak yang telah saya tulis beberapa tahun yang lalu, dan ia pernah mengingatkan saya untuk terus memegang pena sehingga kita dapat mencapai sebuah impian yang kita hasratkan - selagi hidup dan matinya kita hanya dengan hati nurani yang sungguh murni atau sebaliknya, sebagai seorang manusia yang menulis; Apabila Penulis Mati Apabila penulis mati dunia adalah tempat yang menyedihkan kerana ia telah mengakhiri kalimatnya - untuk selamanya sesudah menulis sebuah riwayat dan menjadikan manuskrip kehidupan ini sangat tebal dan penuh dengan makna bagaikan dakwat yang kering dan pena yang bergolek di sudut meja, kesaktiann...

Kumpulan Drama TV "Amanat".

Imej
Judul: Kumpulan Drama TV "Amanat" Penulis: Puasha Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun: 2015 Muka Surat: 228p Binding: Kulit Nipis ISBN 978-99917-0-970-3 Harga: BND$7.00 PERKEMBANGAN MEDIA elektronik khususnya televisyen dan radio di negara ini telah membuka ruang dan peluang kepada penulis untuk menghasilkan karya-karya mereka melalui penulisan skrip drama radio dan televisyen. Ini adalah kesempatan yang sangat berharga kepada mereka yang meminati bidang ini. Penciptaan skrip drama radio mahupun televisyen menuntut kepada keupayaan kreatif untuk menghasilkan skrip yang sempurna, baik dari segi babak, watak dan perwatakan, lokasi dan kejadian, aksi, visual dan kesan bunyi. Ini dengan sendirinya akan membentuk sebuah drama yang menarik untuk dipertontonkan dan dihayati kepada khalayaknya. Kumpulan Drama TV Amanat mengandungi empat buah drama TV, iaitu "Amanat", "Kembali ke Pangkal Jalan", "Menentang Arus", dan "Selamat Hari Jadi Mo...

Kumpulan Drama Taman Mimpi - H. Mar

Imej
Judul: Kumpulan Drama Taman Mimpi Penulis: H. Mar Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Tahun: 2021 Muka Surat:  112Pp.  Binding: Kulit Nipis ISBN 978-99917-69-84-4 Harga: BND6.00 Kumpulan Drama Taman Mimpi merupakan satu realiti kehidupan yang terperangkap di dalam sebuah taman. Taman yang dipenuhi mimpi dan igauan yang panjang dan meletihkan. Sebuah taman yang sunyi dan terasing. Sebuah taman yang hanya ada malam. Malam yang memberi ruang kepada manusia untuk ketawa dan menangis. Sebuah taman yang menyimpan rahsia mimpi dan harapan manusia untuk melihat terbitnya matahari.

Sebuah Pondok di Bukit Kota

Imej
Judul: Sebuah Pondok di Bukit Kota Penulis: Puasha Kamis Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun: 2004 Muka Surat: 70p Binding: Kulit Nipis ISBN: 99917-0-341-1 Harga: BND$4.00 Perkembangan penulisan novel remaja di Negara Brunei Darussalam setakat ini agak terkebelakang jika dibandingkan dengan novel dewasa. Ketandusan ini dapat dirasakan dengan kemunculan novel remaja yang terlalu sedikit bilangannya, apatah lagi setelah tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei sejak lebih 40 tahun yang lalu. Usaha untuk menambah bilangan penerbitan novel remaja akan tetap diungkayahkan, dengan mengambil beberapa langkah wajar untuk memberikan galakan intensif agar penulis di negara ini akan tetap prihatin dan mempunyai minat menghasilkan novel remaja yang bersesuaian dengan alam dan kehidupan remaja itu sendiri yang sentiasa terdedah kepada cabaran alaf baru. Kelahiran novel remaja Sebuah Pondok di Bukit Kota , karya Puasha ini diharap akan dapat menggamit minda dan naluri pembaca k...