Catatan

Anugerah Terindah - Antologi Cerpen Sempena Jubli Emas 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Taktha

Imej
Judul: Anugerah Terindah Penyelenggara: Dr. Chong Ah Fok Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun: 2017 Muka Surat: 181p Binding: Kulit Nipis ISBN: 978-99917-68-19-9 Harga: BND$8.00 Antologi cerpen Anugerah Terindah yang diungkayahkan oleh Badan Kesenian dan Kebudayaan (B2K) Tutong ini adalah merupakan sebuah terbitan sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Taktha. Antologi ini memuatkan sebanyak 19 buah cerpen yang dipertandingkan sempena sambutan yang bersejarah itu dan adalah hasil dari buah tangan penulis-penulis baharu dan mapan di Negara Brunei Darussalam, dan juga merupakan anugerah terindah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam khususnya, serta kepada para peminat kesusasteraan Melayu di mana sahaja berada. Antologi cerpen Anugerah Terindah menghidangkan cerpen-cerpen yang

Antologi Puisi Dalam Cermin Sejarah - 5 Dasawarsa Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam.

Imej
Judul: Dalam Cermin Sejarah Penerbit: Pusat Sejarah Brunei Tahun: 2019 Muka Surat: 217p ISBN 978-99917-63-72-9 (Kulit Nipis) Harga: BND$13.00 978-99917-63-71-2 (Kulit Tebal) Harga: BND$18.00 Majlis Pelancaran Buku Antologi Puisi Dalam Cermin Sejarah bersempena Lima Dasawarsa Pemerintahan dan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas taktha kerajaan selaku Raja, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan telah berlangsung pada Sabtu, 5 Rejab 1441 bersamaan 29 February 2020 bertempat di Tarindak D'Seni, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam. Buku antologi puisi ini adalah merupakan

Subung: Transkripsi dan Terjemahan

Imej
Judul: Subung: Transkripsi dan Terjemahan Penyelidik/Penyusun: Puasa bin Kamis Penerbit : Jabatan Muzium-Muzium Brunei Tahun: 2019 Muka Surat: 206p ISBN: 978-99917-30-89-9 (Kulit Nipis) Harga : BND $12.00 Subung adalah salah satu dari sekian banyaknya himpunan kisah epik tentang dewa-dewi masyarakat Bisaya, atau yang biasa kita kenali sebagai cerita penglipur lara, cerita lisan, cerita rakyat, ataupun folklore yang berbentuk syair panjang yang dinamakan sebagai siram . Sepertimana dengan diangdangan yang sangat terkenal dengan Bujang Si Gandam, Si Gandam Baras, Si Kamdung Larai, Tuan Pemagat, Sultan Muda Pukul Gelombang, Tuan Pemagat Pukul Gelombang, dan lain-lainnya dalam kalangan masyarakat Melayu Brunei, siram juga sangat popular dan digemari oleh masyarakat Bisaya di Brunei pada suatu ketika dahulu dan ia disampaikan secara spontan dan berlagu sambil memukul sebiji dombak oleh penyampainya. Dalam memperkasa warisan budaya setempat, Subung telahpun didokumentasikan da

Forum SAKAT "Kota, Teknologi dan Kemanusiaan".

Imej
Sebagai rangkaian kegiatan dalam Sidang Ke-25 Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) 2019, satu sesi forum dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) dan Penyampaian Hadiah Terjemahan MASTERA 2019 yang bertema "Kota, Teknologi dan Kemanusiaan" telah berlangsung di The Pod, Lembaga Perpustakaan Negara, Singapura pada 29 September yang lalu. Forum ini adalah sebuah wadah wacana ilmu dan sastera - maka sebagai penulis saya telah turut terpanggil sebagai panelis forum bagi mewakili MASTERA Negara Brunei Darussalam. Kota sebagai peradaban memperlihat kekuatan dan kelemahan manusia. Teknologi memberi kemudahan kehidupan dan merancakkan pembangunan. Namun, teknologi boleh juga menghancurkan. Di sinilah kemanusiaan harus tampil agar kita dengan bijaksana menggunakan dan membangunkan teknologi. Kota yang mahu kita bina akan punah sekiranya kedua-dua teknologi dan kemanusiaan tidak seimbang. Di antara lain persoalan utama yang timbul dalam sesi foru

Antologi Puisi Gema Kalbu - Dino MN

Imej
Judul: Antologi Puisi Gema Kalbu Penulis: Dino MN Penerbit: Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Negara Brunei Darussalam Tahun: 2018 Muka Surat: 158p ISBN : 978-99917-75-08-1 (Kulit Nipis) 978-99917-75-09-8 (Kulit Tebal) Gema Kalbu merupakan antologi puisi karya Dino MN yang dihasilkan sejak tahun 1967 hingga sekarang. Antologi ini merupakan antologi perseorangan Dino MN yang kedua setelah antologi pertamanya yang bertajuk Dendang Suchi yang diterbitkan oleh Borneo Literature Bureau (Biro Kesusasteraan Borneo), Sarawak pada tahun 1971 yang dianjurkan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah. Sebanyak 112 buah puisi yang terkandung dalam antologi ini yang dihasilkan sekitar tahun 60an hingga sekarang yang kesemuanya telah pernah tersiar di majalah Bahana , akhbar tempatan Media Permata terbitan Brunei Press Sdn. Bhd., juga diterbitkan dalam antologi-antologi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Kesemua puisi-puisi karya Dino MN ini menggarapkan pelbagai