'Ya' Saya Masih Menulis...
Sudah lama juga saya tidak menghantar karya saya ke penerbitan. Teman-teman saya, jika kebetulan berjumpa, memang selalu bertanya sama ada saya masih menulis atau pun tidak. Saya jawab ‘ya’ saya masih menulis, terutama dalam genre puisi. Cuma beberapa judul puisi yang saya tulis itu masih saya simpan dan belum bersedia untuk menerbitkannya. Dulu saya memang gemar menghantar karya-karya saya sebaik sahaja siap saya tulis ke penerbitan. Saya berbuat begitu kerana berasa seronok melihat karya saya terbit dalam media cetak, sekaligus menerima royalty yang berupa wang ringgit. Waktu itu saya masih tidak mempunyai sebarang jawatan tetap, maka saya lebih banyak menulis dan menulis. Bermula dari majalah-majalah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei, karya saya juga turut terbit di akhbar rasmi kerajaan Pelita Brunei dan Media Permata terbitan Brunei Press Sendirian Berhad. Saya memang tidak mahu berfikir banyak mengenai karya-karya saya itu. Apatah lagi selama beberapa tahun t