Catatan

Antologi Sajak Sasterawan Muda Mastera Brunei.

Imej
Judul:   Antologi Sajak Sasterawan Muda Mastera Brunei . Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei . Tahun: 2025 . Muka Surat: 285 hlm. ISBN 978-99984-0-085-6 . Harga:  BND13.00 " Dalam larik-larik kata yang menari, terpantul suara tanah air, gema warisan dan denyut kemanusiaan. " Antologi ini menghimpunkan sajak-sajak tiga penyair muda Brunei Darussalam , iaitu nurFik Brunei , Puasha dan A. R. Romzi yang telah diiktiraf sebagai penerima Penghargaan Sasterawan Muda Mastera . Penglibatan aktif dan prolifik dalam penulisan memperlihatkan mereka setanding dengan penulis-penulis puisi Nusantara . Karya-karya mereka cerminan kepada kecintaan terhadap bangsa dan negara, kepekaan isu-isu semasa, harapan anak bangsa dan kecaknaan terhadap warisan dan budaya Melayu . Dari suara bersahaja nurFik Brunei, nostalgia penuh rindu oleh Puasha, hingga semangat membara A. R. Romzi, pelbagai tema yang diangkat seperti patriotisme, jati diri, keagamaan, alam dan kritik sosial dengan gaya baha...

Baca Sajak - Di Perkebunan

Imej
[...] tanah airku, adalah sebuah perkebunan yang pernah ada durinya dan sejarah telah mengajarku untuk menanam rasa ini, lalu, tumbuhlah kehidupan ini dengan tujuh warna bunga di perkebunan bangsa yang merdeka, tumbuh dengan mekar seperti warna pelangi yang menghias langit bangsa yang merdeka, tumbuh di batasnya dari keharuman tujuh warna bunga di perkebunan bangsa yang merdeka, seperti tujuh warna pelangi yang selalu menemani hujan gerimis di waktu senja Dipetik dari sajak " Di perkebunan " dlm.  Bahana , Bil. 457 Jil. 59 November - Disember 2024. Bandar Seri Begawan : Dewan Bahasa dan Pustaka , Brunei . hlm. 14.

Baca Sajak - Layar Cetera Kita

Imej
[ ... ] lalu, siapakah kita sebenarnya sehingga lupa pada sejarah bangsa dan tanah air kita ini; kulihat hidupmu telah dipengaruh oleh tatacara moden dan up-to-date dalam rangkaian era teknologi komunikasi internet yang menyumbangkan segala informasi, hiburan, permainan, e-sukan , judi, dan bahasa lucah, sehingga anak-anak kita ada yang tidak lagi mengenal siapa ibu dan bapa serta keluarga mereka, atau mudah menjadi marah jika kemahuannya tidak lagi diambil peduli, sehingga menghabiskan masa sekolahnya dengan sia-sia atau tidak lagi mahu berjuang untuk terus maju dalam hidupnya, dan aku takut jika usia muda mereka akan membunuh setiap wawasan merdeka dalam sejarah dan tanah air yang telah kita bina selama ini. Dipetik dari Sajak " Layar Cetera Kita " dalam Wadah Penyair Darussalam . Bahana . Bil 452 Jilid 59, Januari - Februari, 2024. Bandar Seri Begawan : Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei . hlm. 18.

Baca Sajak - Inilah Bahasa Kita, Suara Kita

Imej
Anak-anak kita bukan lagi dengan Melayunya tutur dan kata mereka bukan lagi dengan Melayunya atur dan langkah mereka bukan lagi dengan Melayunya nah, Melayunya kita ini entah ke mana, atau hilang ghaib bersama gelombang zaman yang serba senang dan mudah sementara jari-jari mereka semakin mudah memilih dan, "inilah hidup, dan Melayunya kita," katamu. [ ... ] Dipetik dari Sajak " Inilah Bahasa Kita, Suara Kita " dalam Wadah Penyair Darussalam . Bahana .  Bil. 451 Jilid 58, November - Disember 2023. Bandar Seri Begawan : Dewan Bahasa dan Pustaka , Brunei. hlm. 10.

Baca Buku - Memupuk Bakat dan Minat Penulisan Kreatif - Teori dan Proses

Imej
Penulis : Dr. Fatimah Busu Judul : Memupuk Bakat dan Minat Penulisan Kreatif - Teori dan Proses Penerbit : PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Tahun : 2003 Muka Surat : 244p ISBN 983-192-540-8 Harga Jualan: BND$ 12.20  Ini adalah sebuah buku panduan paling lengkap pernah ditulis berkenaan faktor-faktor penting dalam proses menghasilkan karya novel dan cerpen. Kandungan buku ini termasuk bahan-bahan yang dibincangkan dalam kuliah peringkat universiti. Antara topik yang dihuraikan oleh pengarang ialah; Bagaimana Mencari Bahan dan Inspirasi , Strategi dan Stail Bercerita , Teknik Penulisan , Perwatakan dan Teknik Menampilkan Watak , Merancang dan Menyampaikan Plot , Memilih dan Melukiskan Latar , Menyusun Nada , Mengenal Jenis-Jenis Fiksyen , dan Menggunakan Unsur Pancaundera. Dr. Fatimah Busu ialah antara sasterawan kontemporari terbaik negara ini. Beliau sudah beberapa kali memenangi Hadiah Sastera , dan sangat terkenal dengan cerpennya " Nasinya Tumpah " yang di...

Baca Sajak - Resmi Padi

Imej
---> Resmi Padi <--- Tidak seperti apa yang kau katakan masa mudamu yang sangat mudah atau payah yang sangat sukar untuk kau gilap tidak semua orang yang mampu mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup tapi untuk apa kau berasa bangga diri kerana masih ada orang lain yang gagal mencipta namanya – untuk diri dan keluarga, untuk masyarakat, bangsa dan agama, untuk negara. Resmi padi, semakin tunduk semakin berisi semakin berilmu atau tinggi pangkatnya semakin merendah diri tidak sombong dan bermegah dengan apa yang ada padanya atau semua orang akan berasa iri hati denganmu, tapi setelah tahu sikap dan perangai hampa dan tampi tidak berisi. Sekeping nyiru dan tiupan bayu sudah berlalu sebuah lesung dan alu tidak lagi berbunyi – untuk siapa masa mudamu, atau masa tuamu tidak lagi mempunyai identiti ini. kota batu 22/08/2024

Baca Sajak - Jalan Pulang

Imej
---> Jalan Pulang <--- Hidup tak menoleh kembali ke belakang siang berhujung malam berkunjung hati mula terduga, ketika kelam menzarah betapa kerdil hati penggembara ketika menyusur jalan pulang. 29 Mac 1999 Dipetik dari Kumpulan Puisi Nakhoda Manis - Pelayaran Kedua, DBP Brunei; 2009.

Baca Sajak - Kita

Imej
<--- Kita ---> masih ada yang bertanya, kita menulis ini untuk siapa kalau menulis untuk perompak - mereka juga tidak pernah ada masa dan tahu untuk membaca, ahli politik juga selalu sibuk memelihara kepimpinannya,lalu penagih dadah dan ganja juga terus khayal dan tidak pernah membaca apa yang kita tulis lembaran dan buku-buku hasil tulisan kita ini sebenarnya untuk siapa, kalau untuk anak-anak - mereka juga masih baharu belajar untuk mencari penghidupan dan masih belum faham, ahli ekonomi juga selalu sibuk mengira wang dan nilai keuntungan, lalu ibu dan bapa kita juga sering marah-marah kerana mereka juga tidak pernah ada masa untuk membaca apa yang kita tulis saudara-saudara kita juga tidak pernah mahu membaca apa yang telah kita tulis, dan ketawa bebuloh 19/07/2024

Baca Sajak - Catatan Waktu Hujan

Imej
Catatan Waktu Hujan i. tajam, merejam kejam menghiris hati mengandung benci tanpa tepi mati sendiri ii. berkali-kali mengocak sunyi menambah luka di kali hati hanya ballpen & notebook teman penanti di bilik sunyi tanpa keropok, sarsi, muzik & tv Puasha Universiti Brunei Darussalam Julai, 1991 Dipetik dan disesuaikan dari Bahana.  Bil. 142 Jilid 27. September 1992. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. hal.46

Baca Sajak - Di Perkebunan

Imej
---> Di Perkebunan <--- lalu, tumbuhlah kehidupan ini dengan tujuh warna bunga di perkebunan bangsa yang merdeka, tumbuh dengan mekar seperti warna pelangi yang menghias langit bangsa yang merdeka, tumbuh di batasnya dari keharuman tujuh warna bunga di perkebunan bangsa yang merdeka, seperti tujuh warna pelangi yang selalu menemani hujan gerimis di waktu senja di perkebunan ini semua yang kulihat adalah bunga-bunga bangsa yang tumbuh subur dan harum di persada tanahair ku, lalu kita siram kita baja kita jaga dengan penuh ketaatan dan kecintaan yang tidak berbalah bahagi tanahair ku, adalah sebuah perkebunan yang pernah ada durinya dan sejarah telah mengajarku untuk menanam rasa ini, lalu, tumbuhlah kehidupan ini dengan tujuh warna bunga di perkebunan bangsa yang merdeka, tumbuh dengan mekar seperti warna pelangi yang menghias langit bangsa yang merdeka, tumbuh di batasnya dari keharuman tujuh warna bunga di perkebunan bangsa yang merdeka, seperti tujuh warna pelangi yang selalu m...

Baca Buku - Antologi Sajak Cermin Diri

Imej
Judul: Antologi Sajak Cermin Diri Penulis: Pelbagai Penulis Penerbit: Jabatan Perkembangan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Tahun: Cetakan Pertama (Edisi Kedua) 2009 ISBN: 99917-2-319-6 Harga: BND$3.80 Antologi sajak ini memperlihatkan era sajak-sajak Brunei mutakhir pada tahun 1980an hingga 1990an yang cukup puitis dan sejajar dengan pelbagai peringkat audien di Negara Brunei Darussalam. Antologi ini memberi cerminan bahawa penyair-penyair Brunei telah berjaya menggarap dengan begitu mantap dan bernasnya tentang persoalan kehidupan yang mereka fokuskan. Melalui antologi ini juga terlihat beberapa perutusan yang juga dikenali sebagai amanat, motif, atau tujuan sebenar penyair menghasilkan sajak. Ia bersifat positif dan menuju kepada maksud kehidupan yang baik dan sebuah pesanan, atau perutusan yang mungkin secara nyata atau tersembunyi. Di samping memiliki keindahan atau estetik puitis yang terpancar pada pemilihan kata-kata atau diksi yang diolah dengan baik.

Baca Buku - 'Langkah Menangani Isu Sosial'.

Imej
Judul: Langkah Menangani Isu Sosial Penerbit: DBP, Brunei. Tahun: 2005 Muka Surat: 49p. ISBN: 99917-0-424-8 Langkah menangani isu sosial rata-rata mengutarakan gejala sosial seperti kes keganasan rumah tangga, kes seks bebas di kalangan remaja, dan kes penyalahgunaan dadah yang berlaku di negara kita.  Kebanyakan penulis bukan sahaja mendedahkan masalah gejala sosial tersebut bahkan sebab berlaku dan cara penyelesaian juga disentuh. Buku kumpulan rencana hasil dari Peraduan Menulis Rencana 2004 anjuran Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Menangani Isu Sosial Negara Brunei Darussalam ini sangat sesuai sebagai bacaan umum, terutama kepada pelajar dan ia berupa bimbingan motivasi dalam membina kecemerlangan diri dan keharmonian keluarga.

Isu Sosial sebagai Tema dan Persoalan dalam Penulisan Sajak

Imej
Tanggungjawab dan kesedaran sosial telah membawa kita untuk terus menulis berbagai isu sebagai tema dan persoalan dalam kebanyakan sajak. Sebagai seorang penyair, kita bukan sahaja menulis mengenai kemiskinan, keluh-kesah atau susah-payah kita dalam menjalani kehidupan ini sehari-demi-sehari. Malahan isu sosial, terutama masalah moral sangat patut diambil kira oleh setiap penulis atau segenap lapisan masyarakat. Masalah moral, terutama sekali pergaulan bebas sudah sekian lama wujud sejak beribu-ribu tahun yang lampau, dan sehingga sekarang kita bagaikan masih bergelumang dengan masalah ini. Ini bukan hanya bermakna bagi individu yang berpendidikan rendah atau tinggi, malah kebanyakan ahli dalam masyarakat moden atau maju masih tidak sedar dengan keburukan yang ada. Lalu, kita sangat percaya masalah ini akan membawa kesan yang sangat buruk dan ditakuti akan membawa bencana dalam sosial-budaya kita. Ini ditambah lagi dengan munculnya fahaman dan gaya hidup segelintir masyarakat yang sang...

Selamat Tahun Baru 2024 Masihi

Imej
Sudah menjadi tradisi dalam kalangan orang kita menyambut tahun baru dengan berbagai cara. Tapi sebagai seorang penulis, kita sudah tentu akan bermula dengan suatu cara yang sering dikatakan orang sangat mudah - seperti menulis sebuah nota dan catatan. Akan tetapi tidak ramai yang boleh menulis sebuah puisi atau sajak yang mempunyai suatu tujuan untuk membentuk pemikiran dan tabiat masyarakat kita di dalam kehidupan mereka sehari-hari. Tahun Baru bagi saya, sebenarnya sudah mula dirasakan pada bulan Disember tahun lepas, apabila ramai orang meninggalkan tempat kerja mereka lalu pergi bercuti keluar negeri atau membuat persediaan tertentu. Apabila ini berlaku, pejabat akan menjadi sunyi dan hanya beberapa orang sahaja yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Jika tidak ada yang perlu dibuat, mereka yang menunggu di pejabat ini hanya mampu bersosial di talian facebook , dan yang seumpamanya. Sepuluh tahun yang lalu, kita sudah menulis sebuah puisi yang mempersoalkan ‘fenomena ak...

Letak Pena, dan Salute untuk Penulis Muda Kita

Imej
Kadang kala kita berasa mahu letak pena saja, bukan kerana mengalah atau jemu untuk menulis. Akan tapi, hati nurani kita ada kalanya berasa kosong dan hampir tidak mahu bergerak ke depan lagi. Lalu, kita berharap akan ada penulis muda yang menyambung harapan kita selama ini untuk menuju ke sebuah wawasan yang lebih baik, dan salute untuk semuanya. Berikut ini ialah sebuah sajak yang telah saya tulis beberapa tahun yang lalu, dan ia pernah mengingatkan saya untuk terus memegang pena sehingga kita dapat mencapai sebuah impian yang kita hasratkan - selagi hidup dan matinya kita hanya dengan hati nurani yang sungguh murni atau sebaliknya, sebagai seorang manusia yang menulis; Apabila Penulis Mati Apabila penulis mati dunia adalah tempat yang menyedihkan kerana ia telah mengakhiri kalimatnya - untuk selamanya sesudah menulis sebuah riwayat dan menjadikan manuskrip kehidupan ini sangat tebal dan penuh dengan makna bagaikan dakwat yang kering dan pena yang bergolek di sudut meja, kesaktiann...

Kumpulan Drama TV "Amanat".

Imej
Judul: Kumpulan Drama TV "Amanat" Penulis: Puasha Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun: 2015 Muka Surat: 228p Binding: Kulit Nipis ISBN 978-99917-0-970-3 Harga: BND$7.00 PERKEMBANGAN MEDIA elektronik khususnya televisyen dan radio di negara ini telah membuka ruang dan peluang kepada penulis untuk menghasilkan karya-karya mereka melalui penulisan skrip drama radio dan televisyen. Ini adalah kesempatan yang sangat berharga kepada mereka yang meminati bidang ini. Penciptaan skrip drama radio mahupun televisyen menuntut kepada keupayaan kreatif untuk menghasilkan skrip yang sempurna, baik dari segi babak, watak dan perwatakan, lokasi dan kejadian, aksi, visual dan kesan bunyi. Ini dengan sendirinya akan membentuk sebuah drama yang menarik untuk dipertontonkan dan dihayati kepada khalayaknya. Kumpulan Drama TV Amanat mengandungi empat buah drama TV, iaitu "Amanat", "Kembali ke Pangkal Jalan", "Menentang Arus", dan "Selamat Hari Jadi Mo...

Kumpulan Drama Taman Mimpi - H. Mar

Imej
Judul: Kumpulan Drama Taman Mimpi Penulis: H. Mar Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Tahun: 2021 Muka Surat:  112Pp.  Binding: Kulit Nipis ISBN 978-99917-69-84-4 Harga: BND6.00 Kumpulan Drama Taman Mimpi merupakan satu realiti kehidupan yang terperangkap di dalam sebuah taman. Taman yang dipenuhi mimpi dan igauan yang panjang dan meletihkan. Sebuah taman yang sunyi dan terasing. Sebuah taman yang hanya ada malam. Malam yang memberi ruang kepada manusia untuk ketawa dan menangis. Sebuah taman yang menyimpan rahsia mimpi dan harapan manusia untuk melihat terbitnya matahari.

Sebuah Pondok di Bukit Kota

Imej
Judul: Sebuah Pondok di Bukit Kota Penulis: Puasha Kamis Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun: 2004 Muka Surat: 70p Binding: Kulit Nipis ISBN: 99917-0-341-1 Harga: BND$4.00 Perkembangan penulisan novel remaja di Negara Brunei Darussalam setakat ini agak terkebelakang jika dibandingkan dengan novel dewasa. Ketandusan ini dapat dirasakan dengan kemunculan novel remaja yang terlalu sedikit bilangannya, apatah lagi setelah tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei sejak lebih 40 tahun yang lalu. Usaha untuk menambah bilangan penerbitan novel remaja akan tetap diungkayahkan, dengan mengambil beberapa langkah wajar untuk memberikan galakan intensif agar penulis di negara ini akan tetap prihatin dan mempunyai minat menghasilkan novel remaja yang bersesuaian dengan alam dan kehidupan remaja itu sendiri yang sentiasa terdedah kepada cabaran alaf baru. Kelahiran novel remaja Sebuah Pondok di Bukit Kota , karya Puasha ini diharap akan dapat menggamit minda dan naluri pembaca k...

Persada Puisi Pilihan - Pandanglah ke Bulan

Imej
'Pandanglah ke Bulan' adalah sebuah judul puisi pilihan terbaharu Puasha yang telah dimuatkan dalam ruangan Persada Puisi Pilihan, Majalah Bahana , September - Oktober 2021, terbitan Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam. Di antara judul-judul puisi pilihan yang lain yang turut dimuatkan ialah 'Berjalan Tanpa Selipar', 'Menjadi Kuat', 'Hidup Biarlah Bersimpul Mati Bersama', dan 'Catatan Tercicir dari Si Kecil'. Saya juga tidak lupa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sidang editor majalah kerana memilih puisi ini sesuai dengan situasi kita yang berada dalam epidemik Covid-19 sekarang. Majalah Bahana diterbitkan dua bulan sekali oleh Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam sebagai wadah hati nurani penulis kreatif di negara ini khasnya, dan pada umumnya diketengahkan juga kepada penulis-penulis kreatif sastera Melayu di rantau Asia Tenggara dan dunia pada keseluruhannya. Pandanglah ke Bulan           ...

In Memorize to The International Course on “Conservation of Collections and Intangible Heritage” organized by CollAsia2010, ICCROM, SEAMEO-SPAFA, The Getty Foundation, and Brunei Museums Department, Negara Brunei Darussalam held on 13 – 26 March 2011.

Imej
At that moment, I was in my third year as an Assistant Researcher for the Ethnography Section, to participate in "The International Course on Conservation of Collections and Intangible Heritage" organized by CollAsia2010, ICCROM, SEAMEO-SPAFA , The Getty Foundation, and Brunei Museums Department held on 13 - 26 March 2011. It was a very important experience for me, moreover joined by many friends from a different countries who joined this organization. When I received an email and was asked to write about it, I felt like I had just woken up from a long sleep. Ten years is a very long time, so our appearance nearly cannot being recognize and all of us getting much older and older. I am sure, we all can think maturely now, and act appropriately in the field we are struggling with. In remembering of the course I have participated, my memory is still with the expectations that we should achieve together. Particularly, it is our need to ‘learn new skill’, ‘learn how to link Inta...